Followers

Islamic Widget

Sunday, September 5, 2010

Teknologi Hijau

apakah itu Teknologi Hijau???

erm... mesti semua orang pelik.. kenapa tiba-tiba Liza nak bercerita tentang teknologi hijau ni kan... hehe...

sebenarnya, lecturer Creative and Innovation (CNI) baru jer bagi projek untuk semester ini perlulah bertemakan Teknologi Hijau... jadi?

jom.. kita berkenal-kenalan dulu dengan Teknologi Hijau ni.. apa sebenarnyer teknologi hijau ni yek.. meh sini Liza nak bagitahu...

menurut sumber dari Kementerian Teknologi Hijau dan Air, Teknologi Hijau ialah :

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran;
  • Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;
  • Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
  • Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
  • Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara

  • Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
  • Alam Sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
  • Ekonomi - Meningkat pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
  • Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
haaa.... sekarang mesti semua dah tahu kan.. apakah itu Teknologi Hijau.. atau dalam bahasa jawanya... "GREEN TECHNOLOGY" hehehe...
kepada kawan-kawan semua... selamat menyiapkan projek tuh... dan Liza nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Sadiq sebab sudi jadi ahli dalam group liza! TQ VERY MUCH!!! XIE XIE NI :)