Followers

Islamic Widget

Wednesday, February 10, 2016

Kepentingan Pengangkutan Awam

Menurut kamus dewan edisi ke-4, frasa kepentingan merujuk kepada sesuatu yang penting atau keperluan. Manakala, menurut Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi ke-2, pengangkutan awam boleh didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Maka, dalam konteks ini, pengangkutan awam meliputi semua jenis pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia seperti bas, teksi, kereta api, KTM komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express dan KLIA Transit) dan transit aliran ringan (LRT). Maka, kepentingan pengangkutan awam di malaysia merujuk kepada keadaan di mana pengangkutan awam di Malaysia menjadi satu keperluan dan menjadikannya sebagai pilihan utama kepada masyarakat setempat samada untuk ke tempat kerja atau ke sesuatu destinasi.

Pengangkutan awam ini amat penting kerana pengangkutan awam memberi peluang mobiliti dan akses kepada tempat kerja. Selain itu, pengangkutan awam juga bertindak sebagai pembantu kepada mereka-mereka yang tidak mempunyai kenderaan persendirian. 

Kerajaan telah menaiktaraf pengangkutan awam di Malaysia melalui Nilai Keberhasilan Utama Negara (NKRA)  yang terkadung di dalam Pelan Transformasi Kerajaan (PTK/GTP) iaitu menaiktaraf pengangkutan awam di bandar. Kerajaan memberi tumpuan kepada penambahbaikan empat aspek iaitu ketepatan masa, meningkatkan kualiti perjalanan, memastikan rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam dan menyediakan kapasiti pengangkutan awam yang mencukupi bagi menampung penumpang sedia ada dan penumpang baru. 

Langkah-langkah seperti meningkatkan kapasiti KTM komuter dan LRT sebanyak 1.7 hingga 4 kali ganda dan penambahan sebanyak 22 set tren empat gerabak baru sistem aliran Kelana Jaya dilihat sebagai langkah serampang dua mata dan serius yang ditunjukkan oleh kerajaan untuk memudahkan semua pengguna pengangkutan awam. Selain itu, kerajaan juga telah menaiktaraf perhentian bas dengan menyediakan perhentian berbumbung bagi memberi keselesaan kepada pengguna. 

Di samping itu juga, kerajaan memperkenalkan 1 Tiket 1 Perjalanan dan menambah 6,800 tempat letak kereta bagi merangsang masyarakat terutamanya di ibu kota untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tambahan pula, Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) juga telah dibina di Bandar Tasik Selatan yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pasaraya, mesin ATM, bilik penjagaan bayi, medan selera, pusat bagasi, farmasi dan motel untuk kemudahan para pengguna pengangkutan awam yang berhenti di ITT. Di sana juga terdapat kaunter informasi, polis, KIOSK layan diri, kaunter tiket dan WiFi percuma. ITT juga mesra golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan mendapat skor 75% bagi audit mesra OKU. 

Antara kebaikan yang diperoleh apabila masyarakat di Malaysia menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ialah dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, selamat digunakan dan menjimatkan kos, tenaga dan masa. Contohnya, menaiki KTM Komuter dapat menjimatkan masa berbanding menaiki kereta persendirian yang perlu mengharungi kesesakan jalan raya ke tempat kerja. Tambahan lagi, pengangkutan awam juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Selain itu, perpaduan dapat ditingkatkan melalui interaksi antara kaum cina, melayu dan india semasa mereka menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Tambahan pula, pengangkutan awam dapat memelihara alam sekitar daripada terus tercemar jika masyarakat dapat mengurangkan kenderaan di atas jalan raya. 


Natijahnya, pengangkutan awam penting bagi semua. Semua pihak perlulah menggunakan pengangkutan awam dengan sebaiknya dan mengelakkan vandalisme semasa berada di dalam pengangkutan awam seperti menconteng dinding bas dan sebagainya. Selain itu, masyarakat juga perlu berdisiplin dan menjaga kebersihan semasa menggunakan pengangkutan awam. Semoga usaha kerajaan dalam meningkatkan mutu pengangkutan awam dihargai dan digunakan sebaiknya oleh masyarakat dan turut sama dapat menikmati manfaat darinya.


Children imitates their parents

What is imitation? Cognitive development is the process through which the brain takes in "information to make meaning" which is something that our brains do naturally. The way baby's brain make meaning is through experience, which is made up mostly of interaction with the important people in his life. This means that learning is social, and for babies, involves imitating the people around them. Imitation provides the children with the opportunity to practice and master new skills. In addition, imitation also serve a basis for the development of empathy, or the ability to experience what another person is feeling. 

Based on the previous research that has been conducted by Andrew and Meltzoff (1999) shows that imitation is an avenue by which children come to understand their parents. Infants are born to learn, and they learn at first by imitation their parents. Imitation is such an far-reaching aspect of early development and it is not just a behavior, but a means for learning who we are.

Even at a very young age, children imitates their parent's behavior. Parent behavior presents powerful lessons to a child and leaves impressions on the developing mind. Children store in their mind both positive and negative images that may be imitated or tested at a later time.

For 1-year-old, imitation follows a four-step processes include watching and listening, processing the information, attempting to copy a behavior, and practicing. Language development offers an example. When 1-year-old form simple words like baba, they're really imitating the sounds they hear around them. Over time, after countless repetitions, they process this information. "Toddlers start to narrow down the sounds to ones that make sense, like Mama for Mommy," Dr. Klein says. Then they keep practicing until they can use the word in context.

What parents can do? Parents can give a good example and become children's idol by showing a good deeds to their children. For example, make a good sound from mouth and our children will imitate us. Moreover, we can sing songs with our child. A tambourine, piano, guitar, drum and xylophone are fun for older baby to try. Furthermore, parents also can tap a table or clap our hands and see our baby is copying us. 

Besides, parents also can teach on how to clean the house to their older children by doing physical activities such as mopping the floor, clean up the fan, sweeping the floor, washing the clothes, setting the tables, and putting away toys . On the other hand, babies between 12-36 months learn by doing, not just watching. Thus, we can show them on how to complete the simple tasks such as putting on shoes, holding a spoon, jump, hop, skip and crawl. 

In a nutshell, Experts say parent imitation/modeling is essential for kids to develop healthy academic skills. In order to have a child love reading, therefore, we must let her see us reading often at home. If we want a child to value learning, ask questions and learn new skills by ourselves. Model the behavior we want to see in our child and always congratulate and say please and thank you to them for their good deeds. Our child might not say it right away, but she will over time. We are the one who shaping our children.

Thank you.