Followers

Islamic Widget

Sunday, September 5, 2010

Teknologi Hijau

apakah itu Teknologi Hijau???

erm... mesti semua orang pelik.. kenapa tiba-tiba Liza nak bercerita tentang teknologi hijau ni kan... hehe...

sebenarnya, lecturer Creative and Innovation (CNI) baru jer bagi projek untuk semester ini perlulah bertemakan Teknologi Hijau... jadi?

jom.. kita berkenal-kenalan dulu dengan Teknologi Hijau ni.. apa sebenarnyer teknologi hijau ni yek.. meh sini Liza nak bagitahu...

menurut sumber dari Kementerian Teknologi Hijau dan Air, Teknologi Hijau ialah :

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran;
  • Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;
  • Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
  • Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
  • Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara

  • Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
  • Alam Sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
  • Ekonomi - Meningkat pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
  • Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
haaa.... sekarang mesti semua dah tahu kan.. apakah itu Teknologi Hijau.. atau dalam bahasa jawanya... "GREEN TECHNOLOGY" hehehe...
kepada kawan-kawan semua... selamat menyiapkan projek tuh... dan Liza nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Sadiq sebab sudi jadi ahli dalam group liza! TQ VERY MUCH!!! XIE XIE NI :)

Tuesday, August 10, 2010

NAIB JOHAN DEBAT TNC 2010






alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Ilahi...

sebab team liza dapat naib johan...

dapat naikkan nama TDI :)))

yesss!!!

dan kepada team PTA... TAHNIAH.. dan juga kepada anbia.. bagus! Tahniah.. akhirnya, tittle "PENDEBAT TERBAIK" menjadi milikmu... :)))


Saturday, June 19, 2010

AGM 2010 SEKRETARIAT DEBAT UTHM...


AGM 2010 SEKRETARIAT DEBAT UTHM...

diharapkan semua dapat menghadirkan diri...
semoga bakal pemimpin yang bakal dibentuk berjaya menangkis segala permasalahan yang timbul...
dan sangat diharapkan masalah sama tidak berulang lagi...
Ya Allah, aku mohon.... berilah kemudahan kepada SEKRETARIAT DEBAT UTHM untuk menyertai semua pertandingan yang diadakan di peringkat Universiti, Negeri, Kebangsaan mahupun Antarabangsa.... kerana kami adalah wakil universiti dan yang bakal mengharumkan nama UTHM.... Insya Allah :)

Sunday, June 6, 2010

group DEBAT DIRAJA 2010 di FB




liza sangat bersemangat nak wat group ni..

tapi, untuk pengetahuan semua pendebat UTHM, sebenarnya liza bukan lah saja-saja je buat group ni.. dan bukannya nak tunjuk hebat atau apa-apa...

sebenarnya ni adalah arahan daripada pengerusi Sekretariat Debat Bahasa Melayu UTHM iaitu saudara Awang Mohd Nurjihan bin Awang Ali...

Beliaulah yang suruh liza buat group ni... disebabkan itulah, liza buat...
dan lagi 1... tujuannya ialah untuk menghebahkan kepada semua warga UTHM khususnya dan juga semua IPTA di seluruh Malaysia tentang pertandingan DEBAT DIRAJA 2010 bakal berlangsung di UTHM yang tercinta...

selain itu juga, group tersebut dibina untuk mencari "RUNNER" seramai mungkin untuk turut sama menjadi sebahagian daripada keluarga debat UTHM....

dan pesanan buat semua... sebenarnyer grafik kat atas ni bukan grafik DEBAT DIRAJA 2010.. Grafik yang sebenar belum lagi dikeluarkan oleh kementerian... grafik ni liza buat untuk isi kekosongan "primary photo" di FB.... liza main buat jer... sowi la tak cantik sebab buat guna power point jer.. xde software adobe photoshope CS4.. da try download tapi tak boleh guna jugak.... huhu

dan di sini liza ingin mengucapkan selamat berdebat kepada semua pendebat... terutamanya kepada pendebat UTHM... semoga JOHAN menjadi milik kita... insya Allah :)


majulah DEBAT untuk UTHM... hehe

"CAKNA DEBAT DENGAN MENEROKA ILMU"

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Friday, June 4, 2010

USUL DEBAT ALAM SEKITAR 2010

Saringan
16 Julai 2010

Pusingan 1- Teknologi Hijau Melestarikan Alam Sekitar

Pusingan 2- Isu Alam Sekitar: NGO Menangguk di Air Yang Keruh

Pusingan 3- Prasarana Terbina, Alam Sekitar Merana


Saringan
17 Julai 2010


Pusingan 4- Program Mekanisme Pembangunan Bersih (CDM) Lebih Menguntungkan Syarikat Daripada Alam Sekitar

Pusingan 5- Penggunaan Air Tanah Membawa Bencana Kepada Alam Sekitar

Pusingan 6- Pengurusan Buangan Elektrik dan Elektronik (e-Waste) Berjaya Dilaksanakan


Suku Akhir
18 Julai 2010

Gaya Hidup Mesra Alam, Ibarat Hidup Segan Mati Tak Mahu

Separuh Akhir
18 Julai 2010

Kita Perlu Teknologi Terkini Untuk Menyelesaikan Pencemaran Air


Akhir
19 Julai 2010

Penguatkuasaan Undang-Undang Lebih Berkesan Daripada Pemantapan Kesedaran Dalam Menyelamatkan Alam Sekitar

Thursday, June 3, 2010

PETAH (PESTA INTELEK DAN HUJAH)


PETAH (PESTA INTELEK DAN HUJAH) DEBAT 111 JAM TANPA HENTI MENCIPTA REKOD MALAYSIA....

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti ini.. SYABAS DAN TAHNIAH!!!!

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana program ini berjalan dengan lancar sehingga ke jam yang terakhir..
UTHM mengambil bahagian dalam 5 sesi... TAHNIAH diucapkan kepada warga UTHM juga kerana tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk turut sama mencipta rekod Malaysia...

antara pendebat UTHM yang menyertai ialah:

-janifal (abg raja)
-abg azri
-k.faz
-BG
-mirul
-ely
-liza
-azreen
-herwin
-amir (pengiring)
-harun (IPG TEMENGGONG IBRAHIM)

tahniah kerana berjaya harumkan nama UTHM.. :)

dan di sana, liza dapat berjumpa dengan pendebat-pendebat hebat seperti abg Syamsul (UPM) dan abg amiruddin (UPM).... kali ni liza dapat berbual-bual secara bersemuka dengan abg syamsul.. best sangat.. alhamdulillah :)

tapi, lepas pulang dari PWTC, liza demam... sedih sebab demam... :'(
dan bertambah sedih apabila mendengar berita itu...
ISLAM...BANGKITLAH!!!!!!!

Thursday, May 27, 2010

WaSiAT ImaM hAsAn Al-bAnNa

saudaraku,
janganlah engkau berputus asa...
kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim....
ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian semalam...
dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok...
waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian...
masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita...
meskipun fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka...
yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya....
dan yang kuat tidak akan selamanya kuat...